Pemuda 19 tahun direman tujuh hari, kes disiasat bawah 302 Kanun Keseksaan - Utusan Malaysia

Pemuda 19 tahun direman tujuh hari, kes disiasat bawah 302 Kanun Keseksaan

PEMUDA berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut empat sekeluarga di Simpang Renggam, Kluang, Isnin lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pemuda berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat memandu secara melulu bersama abangnya sehingga menyebabkan empat sekeluarga maut di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini Isnin lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap pemandu kenderaan jenis Mercedes-Benz yang terlibat dalam kemalangan turut meragut nyawa abangnya itu dikeluarkan Hakim, Mujib Saroji.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 302 Kanun Keseksaan, selepas direman selama tiga hari sebelum ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, suspek yang dibebaskan dengan jaminan polis susulan tamat tempoh reman ditahan semula sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kluang, di sini pagi tadi.

Susulan kemalangan tersebut, Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36; Nor Azlina Abd. Latif, 33; Semek Mat Soh, 75; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Turut maut abang kepada suspek dikenali sebagai
Goh Yi Sheng, 22, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN