MN 2.0: Konsep kita menyatukan orang Melayu Islam - Presiden Pas

MN 2.0: Konsep kita menyatukan orang Melayu Islam – Presiden Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Usaha menghidupkan semula gagasan Muafakat Nasional (MN) 2.0 selaras dengan konsep Pas yang mahu memperkukuh politik Melayu dan umat Islam.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah satu pandangan yang mana konsep perjuangan Pas adalah menyatukan orang Melayu Islam dan kalangan mereka mesti memimpin negara.

“Yang kedua wajib mengambil kira masyarakat majmuk bukan Islam, tidak boleh dipinggirkan. (Pertimbangan lain) bagi menjayakan MN 2.0 antaranya adalah kita mengajak bukan sahaja parti-parti Melayu Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, tetapi dalam kalangan berpengaruh dalam masyarakat Islam,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang ditanya mengenai gerakan yang mahu menghidupkan semula MN 2.0.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, kerjasama politik yang pernah terjalin antara parti-parti Melayu sebelum ini wajar dihidupkan semula demi masa depan bangsa dan ummah.

Beliau berkata, pembubaran DUN Johor yang dijangka diikuti beberapa negeri lain membuka ruang kepada gelombang perubahan dalam landskap politik negara, sekali gus berpotensi mengembalikan kekuatan politik Melayu-Islam dan bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN