MCMC digesa beri penjelasan sekatan terhadap The Coverage Media

MCMC digesa beri penjelasan sekatan terhadap The Coverage Media

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa memberi penjelasan berhubung sekatan yang dikenakan terhadap halaman Facebook, The Coverage Media.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, penjelasan tersebut adalah perlu bagi memastikan ketelusan dan keyakinan awam.

“Saya sentiasa berpegang kepada dasar tidak campur tangan terhadap operasi penguatkuasaan bebas MCMC.

“Bagaimanapun, saya menggesa MCMC supaya memberikan penjelasan segera mengenai sekatan yang dikenakan ke atas halaman Facebook The Coverage Media,” katanya dalam laman sosial Facebook, hari ini.

Terdahulu, The Coverage Media memaklumkan halaman Facebook portal itu disekat di Malaysia bermula 3 Jun lalu, dan ia merupakan sekatan pertama sepanjang lebih 10 tahun beroperasi.

Dalam satu kenyataan, portal itu turut berkata, pihaknya sebelum ini pernah menerbitkan laporan yang kritikal terhadap kerajaan dan pemimpin politik merentasi pelbagai pentadbiran tanpa berdepan sekatan serupa.

Portal itu turut menolak dakwaan yang tular dalam talian bahawa ia mempunyai kaitan dengan parti politik, Malaysian Chinese Association (MCA), sambil menegaskan ia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti berkenaan.

The Coverage Media berkata, beberapa dakwaan timbul dalam beberapa hari sebelum sekatan itu dikenakan, termasuk tuduhan bahawa portal itu mempunyai hubungan dengan MCA dan cuba mempengaruhi sokongan kepada Barisan Nasional atau Perikatan Nasional (PN) menerusi artikel yang mengkritik PKR dan DAP.

Menurut portal itu, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan ia menegaskan bahawa operasinya dijalankan secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN