MCMC sudah hantar surat saman kepada peguam Google

MCMC sudah hantar surat saman kepada peguam Google

TEO Nie Ching menyantuni murid-murid sempena program Aspirasi MADANI dan Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, Kampung Murni Jaya Layang-Layang, Kulai, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyerahkan notis saman kepada peguam Google LLC di negara ini berhubung kegagalan penyedia platform itu mengekang penularan kandungan perjudian dalam talian di YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan undang-undang itu diambil selepas sistem saringan serta tindak balas platform berkenaan disifatkan amat tidak memuaskan dalam menurunkan kandungan berunsur jenayah di Malaysia.

Beliau berkata, permohonan saman itu turut menuntut ganti rugi termasuk kos tenaga kerja agensi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saman ini telah pun diserahkan kepada peguam Google di Malaysia. MCMC membuat keputusan untuk menyaman Google bukan sahaja bagi menuntut ganti rugi, tetapi turut melibatkan tenaga kerja yang terpaksa membuat laporan kepada YouTube.

“Sepatutnya Google mempunyai pasukan sendiri untuk menyederhanakan kandungan memudaratkan ini. Apabila MCMC terpaksa memantau dan menghantar laporan, kita sebenarnya telah melakukan kerja bagi pihak mereka,” katanya selepas merasmikan program Aspirasi MADANI dan Apresiasi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, Kampung Murni Jaya Layang-Layang, di sini hari ini.

Kelmarin, MCMC memulakan dua tindakan undang-undang terhadap Google LLC dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta berhubung dengan dakwaan kegagalan syarikat itu menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan menerusi YouTube.

Mengulas lanjut, Nie Ching menjelaskan bahawa tindakan perundangan terhadap syarikat gergasi teknologi bukanlah perkara baharu di peringkat antarabangsa.

Beliau merujuk kes di Amerika Syarikat yang menyaksikan 47 kerajaan negeri menyaman Meta kerana gagal melindungi kebajikan kanak-kanak sehingga syarikat itu bersetuju membayar penyelesaian bernilai AS$25 bilion berserta jaminan penambahbaikan platform. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini