Leclerc kekal setia bersama Ferrari

Leclerc kekal setia bersama Ferrari

Charles Leclerc
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mendedahkan dia telah menolak beberapa tawaran untuk terus kekal bersama pasukannya malah menggangap keputusan tersebut sebagai pilihan utama dalam kariernya.

Pemandu berusia 28 tahun itu berkata, keyakinannya terhadap projek Ferrari serta hubungan baik dengan ketua pasukan, Fred Vasseur menjadi faktor utama dia memilih untuk terus kekal.

“Saya sangat jelas dengan keputusan ini. Saya menyayangi pasukan ini dan perkara itu sudah cukup jelas. Sudah lapan tahun bersama pasukan Formula Satu (F1) Ferrari dan 10 tahun keseluruhannya bersama Ferrari,” katanya kepada media menjelang Grand Prix (GP) Monaco.

Menurut Leclerc, Ferrari merupakan pasukan yang banyak memberi kepercayaan kepadanya sejak awal pembabitannya dalam sukan permotoran elit itu, sekali gus mendorong dia untuk terus kekal berjuang bersama pasukan berkenaan.

“Mereka adalah pihak pertama yang percaya kepada saya dan membantu saya sampai ke tahap ini. Saya percaya kepada projek ini dan dengan Fred yang mempunyai hubungan baik dengan saya, kami mempunyai individu yang tepat untuk membawa Ferrari kembali ke puncak,” katanya.

Mengulas mengenai tawaran daripada pasukan lain, Leclerc enggan mendedahkan identiti pasukan terbabit, namun menegaskan keputusan memilih Ferrari adalah muktamad.

Dalam pada itu, Leclerc mengakui Ferrari masih memerlukan peningkatan terutama dari aspek unit kuasa, meskipun terdapat perkembangan positif pada jentera musim ini.

“Kami tahu apa yang kami masih kurang, terutama di bahagian enjin. Namun terdapat banyak inovasi dilakukan dan kami sedang bergerak ke arah yang betul,” katanya.

Leclerc turut menyatakan keyakinan menjelang perlumbaan di Monaco, yang dianggap sebagai antara litar terbaik buat Ferrari musim ini, walaupun mengakui Mercedes masih memiliki kelebihan ketara.

Dia ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta kejuaraan dunia pemandu, di belakang dua pelumba Mercedes yang sedang mendominasi musim, Kimi Antonelli dan George Russell.

“Jika ada satu litar yang boleh kami harapkan, sudah tentu Monaco. Tetapi saya masih percaya Mercedes akan kekal sangat kuat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN