PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akhirnya melakar kemenangan yang disifatkan sebagai satu sokongan moral baginya selepas menundukkan Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta, Indonesia, hari ini.
Anak jati Kuala Lumpur yang menghuni ranking ke-26 itu adalah pemain No. 11 dunia tersebut 21-17, 21-17 dalam masa 50 minit.
Kejayaan itu merupakan kemenangan kelima Jun Hao ke atas Naraoka daripada tujuh pertemuan yang direkodkan dalam Jelajah Dunia Persektuan Badminton Dunia (BWF).
Pada pusingan kedua, Khamis ini, laluan lebih getir menanti Jun Hao yang bakal berdepan sama ada bintang No. 2 dunia, Anders Antonsen dari Denmark atau wakil Perancis, Alex Lanier yang berada di ranking No. 8 dunia.
Berdasarkan rekod pertemuan, pemain perseorangan lelaki No. 1 Malaysia itu tidak mempunyai kelebihan psikologi kerana Jun Hao pernah menjadi pemain kedua-dua pemain tersebut.
Jun Hao sewaktu ditemu bual wakil BWF mengakui dia berasa lega selepas akhirnya menamatkan kemarau kemenangan sejak beberapa bulan lalu.
“Saya perlu percaya kepada permainan saya sendiri yang saya sebenarnya boleh memberikan yang terbaik
“Apapun terjadi cuma percaya kepada diri sendiri kerana saya rasa sudah agak lama saya
tidak mendapat perlawanan yang baik seperti ini dan mencatat kemenangan, jadi
saya terus percaya pada diri sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kesukaran yang terpaksa diharunginya, Jun Hao berkata, keperitan yang terpaksa ditanggung tidak dapat digambarkan, ia adalah waktu yang sukar buatnya sejak beberapa bulan lalu.
Katanya lagi, dia juga amat berharap kemenangan itu memberi lebih keyakinan dan terus
konsisten untuk perlawanan seterusnya.
Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu lelaki profesional negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong yang terkandas dalam aksi pembukaan selepas akur kepada pasangan India, Hariharan Amsakarunan-MR Arjun 18-21, 10-21 dalam masa 33 minit. – UTUSAN










