NEW YORK: Ecuador melakukan kejutan pada aksi terakir kumpulan apabila bangkit menewaskan Jerman 2-1 di Stadium New York New Jersey untuk melayakkan diri ke pusingan 32 terakhir.
Turun dengan misi wajib menang, wakil Amerika Selatan itu terlebih dahulu ketinggalan selepas Jerman yang sudah layak ke pusingan kalah mati, mendahului seawal minit kedua menerusi Leroy Sane yang membuka akaun golnya di kejohanan utama antarabangsa dalam perlawanan ke-15 keseluruhan di Piala Dunia.
Situasi itu menyaksikan mereka terus berada dalan tekanan terutamanya selepas gagal menjaringkan gol dalam kejohanan ini meskipun melakukan 39 percubaan.
Namun begitu, usaha keras Ecuador akhir berhasil apabila berjaya memecah kebuntuan menerusi rembatan kencang Nilson Angulo pada minit ke-40 menewaskan Manuel Neuer.
Gol kemenangan Eciador hadir pada minit ke-77 menerusi Gonzalo Plata untuk memastikan Ecuador mara ke pusingan kalah mati. -AFP










