Cape Verde sedia cabar Sepanyol

Cape Verde sedia cabar Sepanyol

Bubista
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Cape Verde bakal memulakan penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia 2026 dengan aksi getir menentang juara Eropah, Sepanyol dalam saingan Kumpulan H, hari ini.

Ketua jurulatih Cape Verde, Bubista berkata, pasukannya bukan sekadar hadir untuk melengkapkan jadual kejohanan, sebaliknya mahu menunjukkan identiti negara serta bersaing secara kompetitif di pentas terbesar bola sepak dunia.

Menurutnya, kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia merupakan pencapaian yang membawa makna besar bukan sahaja dari sudut sukan, malah turut melibatkan aspek budaya dan jati diri negara kepulauan itu.

“Kami telah berbincang untuk menikmati perlawanan dan pengalaman di Piala Dunia ini. Kelayakan kami ke kejohanan ini bukan sekadar tentang bola sepak, tetapi juga satu pencapaian budaya dan muzik negara kami,” katanya pada sidang media.

Bubista berkata, peluang untuk berdepan Sepanyol dalam aksi pembukaan dianggap sebagai satu penghormatan besar dan detik yang akan menjadi kenangan bersejarah buat pasukan berkenaan.

“Kami mahu mempamerkan negara kami kepada dunia. Ini peluang terbaik untuk menunjukkan siapa kami sebenarnya,” katanya.

Bubista menegaskan, Cape Verde akan turun beraksi dengan semangat tinggi serta tidak gentar menghadapi pasukan-pasukan pilihan.

“Kami mahu menunjukkan segala persiapan yang telah dilakukan sepanjang kempen kelayakan. Kami akan bermain dengan berani dan berdisiplin.

“Kami tidak datang hanya untuk mengambil bahagian. Kami datang untuk bersaing,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN