Bersatu Johor tidak terjejas Ketua Srikandi negeri letak jawatan - Dr. Sahruddin - Utusan Malaysia

Bersatu Johor tidak terjejas Ketua Srikandi negeri letak jawatan – Dr. Sahruddin

Dr. Sahruddin Jamal (kiri) bergambar bersama Alwiyah Talib.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor khususnya di Bahagian Mersing menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak terjejas walaupun Ketua Bahagiannya meletakkan jawatan dan keluar parti.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, hal itu kerana pihaknya mempunyai ramai pelapis termasuk golongan muda yang berkaliber di bahagian berkenaan.

“Kami ada dengar ura-ura berhubung perkara itu tetapi setelah Alwiyah Talib sendiri buat sidang akhbar, bermakna betul dia telah buat keputusan keluar parti untuk sertai UMNO.

“Tetapi Alhamdulillah, yang keluar parti hanya seorang individu sahaja, jadi jawatankuasa bahagian masih kekal dan kita akan lantik pengganti dalam waktu terdekat, kita ada ramai calon berkaliber,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tambah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor itu, pihaknya akan menyerahkan kepada kepimpinan Bersatu pusat untuk mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap Alwiyah kerana meninggalkan parti.

Terdahulu, Alwiyah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Johor dilaporkan berkata pihaknya mengumumkan peletakan jawatan dan keluar Bersatu serta merta untuk kembali menyertai UMNO.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2018, Alwiyah memenangi kerusi DUN Endau atas tiket Barisan Nasional (UMNO) sebelum membuat keputusan menyertai Bersatu pada Mei tahun sama bersama beberapa ADUN UMNO lain.

Pada PRN 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi Endau bawah tiket Perikatan Nasional (PN) sebelum dilantik sebagai Ketua Bersatu Bahagian Mersing pada 10 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN