PETALING JAYA: Bau busuk dari sebuah unit pangsapuri di tingkat tiga, Taman Impian Indah, Kajang membawa kepada penemuan mayat seorang wanita yang disimpan di dalam sebuah bagasi semalam.
Mayat wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan kira-kira pukul 7 malam selepas penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dari unit rumah tersebut menghubungi pihak polis.
Menurut sumber, polis yang menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Setelah tiba, pihak polis memeriksa kediaman itu sebelum menemui bagasi terbabit bersama mayat,” katanya di sini hari.
Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan lanjut dari pihak polis berhubung perkara itu. – UTUSAN









