Ada yang tidak kena dengan senarai calon PRN Johor

Ada yang tidak kena dengan senarai calon PRN Johor – Puad Zarkashi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan senarai nama calon-calon yang akan diumum bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tidak lama lagi.

Menurut beliau, perkembangan terkini yang dilihatnya merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan.

“Hari ini BN Johor akan umum senarai calon yang akan bertanding di PRN Johor 2026. Melihat senarai calon tersebut ada yang tidak kena kepada UMNO Johor.

“Justeru saya akan membuat pengumuman penting pada 27 Jun 2026. Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Puad, pihaknya sebelum ini telah mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Rengit kerana faktor usia.

“Saya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang. Tetapi tidak diindahkan. Saya melakukan ‘keberanian politik’ untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan mengumum senarai nama calon yang akan mewakili gabungan berkenaan di kesemua 56 kerusi DUN Johor pada pukul 2.30 petang ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×