SEPANG: Seorang wanita warga asing maut selepas terjatuh dari aras tiga Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa yang merupakan warga China berusia 27 tahun dilaporkan berada di kawasan luar balkoni aras tiga berkenaan sebelum terjatuh ke kawasan ruang pemunggahan terminal. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, sebelum kejadian, wanita terbabit dilihat dalam keadaan emosi…










