SEPANG: Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjun dari aras tiga Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), malam tadi. Insiden itu berlaku kurang tujuh jam selepas insiden pertama membabitkan seorang wanita warga asing yang turut maut akibat terjatuh daripada bangunan di lokasi berhampiran. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.10 malam. Beliau berkata, saksi awam mendakwa melihat lelaki…










