Rafizi serah bukti tambahan kepada SPRM hari ini

Rafizi serah bukti tambahan kepada SPRM hari ini

RAFIZI Ramli dan barisan peguamnya hadir ke SPRM bagi serah bukti tambahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menyerahkan dokumen dan memberi keterangan tambahan bagi membantu siasatan berkaitan Arm Holdings.

Menurutnya, dokumen dan keterangan itu akan memberi memberikan maklumat tambahan yang tidak sempat disentuh dalam sesi rakaman keterangan oleh SPRM sebelum ini.

“Dokumen tambahan itu termasuk laporan media serta kenyataan pimpinan kerajaan berkaitan pelaburan Arm Holdings. Ia bagi memberi gambaran menyeluruh kepada pasukan penyiasat berhubung kes tersebut,” katanya ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini pagi ini.

Terdahulu, Rafizi tiba kira-kira pukul 9.50 pagi ditemani berisan peguamnya dengan membawa bukti-bukti baharu setebal 28 muka surat untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM.

Untuk rekod, hari ini adalah hari kelima Rafizi dirakam keterangan berhubung perjanjian pelaburan kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semikonduktor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings.

Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa masih terdapat saksi penting yang belum dipanggil SPRM bagi melengkapkan siasatan serta memastikan keseluruhan fakta dapat dinilai secara menyeluruh.

“Masih ada lagi saksi-saksi yang belum dipanggil untuk betul-betul mengetahui keadaan rundingan, fakta-fakta yang berlaku semasa rundingan, ada banyak lagi saksi yang belum dipanggil.

“Saya hadir dengan banyak lagi bukti yang pada pandangan saya sepatutnya diambil kira oleh SPRM supaya siasatan ini menjadi lebih menyeluruh dan dapat dilengkapkan dengan segera,” katanya.

Katanya, kerjasama dengan ARM ini bukannya dibuat di belakang pintu secara senyap-senyap macam 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jelasnya lagi, perjanjian pelaburan itu telah dilaporkan secara meluas oleh pihak media dan keterangan oleh pimpinan utama termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah, dan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN