Pekerja kilang sesak nafas ketika turun dari Gunung Lambak - Utusan Malaysia

Pekerja kilang sesak nafas ketika turun dari Gunung Lambak

MAYAT seorang pendaki yang maut dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Lambak, Kluang berjaya dibawa turun pasukan penyelamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kegembiraan empat sekawan mendaki Gunung Lambak, di sini semalam bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas ketika menuruni gunung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, ketika kejadian, mangsa, Muhamad Nur Hakimi Mohd. Haris, 32, bersama tiga rakannya dari Felda Sungai Sibol, Kulai berada di ketinggian kira-kira 800 meter dari aras laut.

“Operasi menyelamat dijalankan bersama pasukan bomba, namun hujan lebat di lokasi kejadian menyukarkan usaha membawa turun mangsa.

“Pada pukul 6.15 petang, anggota penyelamat berjaya membawa mangsa turun ke kaki gunung. Pemeriksaan dilakukan penolong pegawai perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Bahrin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk tindakan lanjut selepas pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Ridzuan Mohd. Zait berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul pada pukul 1.28 petang sebelum 11 anggota digerakkan ke lokasi.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira 2,300 meter dari kaki gunung sebelum dibawa turun menggunakan pengusung dan tali penyelamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN