Bekalan minyak, gas terjamin hasil kerjasama negara pembekal - Anwar

Bekalan minyak, gas terjamin hasil kerjasama negara pembekal – Anwar

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan warga NRESS di Putajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kekal berada dalam kedudukan stabil dari segi bekalan minyak dan gas apabila sumber tenaga negara terus terjamin, meskipun berdepan tekanan kenaikan harga global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini, Malaysia adalah antara negara ASEAN yang terjamin bekalan minyak dan gasnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kedudukan itu disokong hasil hubungan baik dengan Iran, Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan yang turut memberi jaminan dari segi bekalan.

“(Ketika ini) bekalan memang ada. Kita bernasib baik Malaysia di antara negara ASEAN yang terjamin bekalan minyaknya dan gasnya.

“Jaminan itu diperoleh hasil hubungan diplomatik yang baik, termasuk dengan Iran yang antara negara awal memberi laluan kepada Malaysia susulan komunikasi di peringkat tertinggi.

“Semalam, Tan Sri Mohd Hassan Marican (Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara) bagi maklumat terkini dari Petronas tentang usaha-usaha kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRESS) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, walaupun bekalan terjamin, peningkatan harga bahan api itu adalah cabaran utama yang perlu ditangani kerajaan.

Menurutnya, kerajaan terus berdepan tekanan kos bagi menampung subsidi bahan api, khususnya bagi memastikan harga RON95 kekal pada kadar semasa iaitu RM1.99 seliter.

“Jadi dari segi harga meningkat. Ini bukan masalah yang berpunca dari kita, tapi yang berlaku dan sekarang harus kita kawal.

“Satu dunia tidak ada yang boleh menyaingi kita. Kita (Malaysia) paling rendah di dunia, RM1.99 (RON95), melainkan Brunei,” katanya.

Katanya, Malaysia masih mempertahankan harga RON95 bagi mengelakkan beban tambahan kepada rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN