Rafizi hadir beri keterangan di SPRM

Rafizi hadir beri keterangan di SPRM

RAFIZI Ramli ketika hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli tiba di perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau hadir bersama lima peguam menaiki kenderaan SUV Volvo berwarna biru gelap.

Menurut Rafizi, siasatan tersebut berkait dengan dakwaan yang dikemukakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian usaha sama antara kerajaan dan syarikat pembuat cip yang didakwa dibuat secara tergesa-gesa.

“Saya akan masuk memberi keterangan tanpa peguam kerana kami tiada apa-apa untuk dilindungi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung kes tersebut kerana perkara itu tertakluk kepada siasatan SPRM.

“Perkara ini tertakluk kepada siasatan SPRM, jadi saya tidak boleh ulas lanjut,” katanya.

Beliau kemudian memasuki bangunan SPRM pada pukul 9.43 pagi.

Dalam pada itu, kehadirannya disambut kira-kira 50 penyokong yang mula berkumpul di kawasan tersebut seawal pukul 9 pagi.

Turut hadir, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen bagi memberi sokongan.

Rafizi diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan.

Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan diambil termasuk dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN