LONDON: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer, berdepan tekanan politik untuk menetapkan garis masa peletakan jawatannya selepas Parti Buruh mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya di seluruh Britain. Keputusan setakat malam Jumaat itu mendorong beberapa ahli Parlimen kanan parti itu mendesak beliau berundur meletakkan jawatan dalam tempoh setahun. Parti Buruh kehilangan kawalan ke atas lebih 25 majlis dan lebih 1,000 kerusi majlis England, dengan kebanyakannya ditawan oleh Reform UK…










