Palestin tarik balik pencalonan PBB selepas diugut AS

Palestin tarik balik pencalonan PBB selepas diugut AS

DUTA Palestin ke PBB, Riyad Mansour, berucap semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai Asia Barat di ibu pejabat PBB di New York pada 18 Februari lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, menarik balik pencalonannya sebagai naib presiden Perhimpunan Agung PBB, selepas Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk membatalkan visa delegasi Palestin jika beliau tidak berbuat demikian.

Menurut laporan NPR yang memetik sumber, keputusan itu dimaklumkan melalui saluran diplomatik Arab, dengan Riyad tidak akan bertanding jawatan berkenaan untuk tempoh dua tahun akan datang.

Difahamkan, Duta Lubnan akan mengambil tempat Riyad bagi pencalonan tersebut, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Jurucakap Presiden Perhimpunan Agung PBB, La Neice Collins, mengesahkan delegasi Palestin menarik balik pencalonan tersebut.

Sebelum ini, kabel dalaman Jabatan Negara AS mengarahkan diplomatnya di Baitulmuqaddis untuk memberi tekanan kepada Palestin supaya menarik diri, dengan mendakwa pencalonan itu menjejaskan rancangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.

“Kami akan mempertanggungjawabkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika delegasi Palestin tidak menarik balik pencalonan VPGA mereka,” menurut kabel berkenaan.

AS turut mengingatkan negara itu pernah menolak visa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, serta 80 pegawai kanan lain untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York tahun lalu, dan tidak mahu mempertimbangkan semula pilihan yang sama.

Keputusan itu susulan penarikan balik pencalonan utusan Palestin untuk mempengerusikan Perhimpunan Agung PBB pada Februari lalu, selepas tekanan daripada AS dan Israel.

Pemilihan Presiden Perhimpunan Agung PBB serta 16 delegasi yang akan berkhidmat sebagai naib presiden dijadualkan berlangsung pada 2 Jun.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN