Lelaki cedera ditanduk, dilambung kerbau korban - Utusan Malaysia

Lelaki cedera ditanduk, dilambung kerbau korban

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan seekor kerbau menanduk dan melambung seorang lelaki yang hadir untuk ibadah korban di sekitar Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera dipercayai ditanduk seekor kerbau ketika terlibat dalam melaksanakan ibadah korban di Ulu Tiram, di sini semalam.

Video berhubung kejadian yang berdurasi 41 saat turut tular di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dikatakan membantu memegang tali yang mengikat kerbau berkenaan sebelum haiwan itu mengamuk dan bertindak hendak menyerang orang awam di sekitar.

Susulan kejadian itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian badan akibat ditanduk dan disondol haiwan berkenaan.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala kerbau tersebut dapat dikawal semula dengan bantuan penduduk yang berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan perkara itu dan memberitahu satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN