SHAH ALAM: Universiti di negara ini perlu segera beralih kepada model pembelajaran digital yang lebih praktikal dan relevan, selari dengan keperluan semasa, bagi melahirkan graduan berdaya saing di peringkat global. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, pendekatan konvensional tidak lagi mencukupi untuk menghadapi perubahan landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik. Katanya, institusi pengajian tinggi perlu menumpukan kepada pembelajaran berasaskan penyelesaian…










