kuadran negara buka langkah kanan, benam Singapura

kuadran negara buka langkah kanan, benam Singapura

PEREJAM negara, Muhammad Shahalril Aiman Halim melakukan libasan pada aksi pembukaan Kumpulan C Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw 2026 dalam acara Kuadran di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad kuadran negara berjaya membuka langkah kanan acara kuadran Kumpulan C Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi selepas menewaskan Singapura straight set dalam aksi pembukaan.

Barisan negara yang dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi mempamerkan aksi meyakinkan apabila tidak berdepan masalah untuk mengunci set pertama dengan kemenangan 15-9.

Momentum cemerlang itu bagaimanapun sedikit terganggu pada set kedua apabila beberapa kesilapan mudah dilakukan skuad negara sehingga membuka ruang buat Singapura untuk kembali memberi tentangan.

Namun, pengalaman dimiliki pemain negara jelas menjadi pemisah apabila mereka kembali mengawal rentak permainan pada saat genting sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan 15-12.

Menariknya, set kedua turut menyaksikan Amirul Zazwan digantikan dengan pemain gantian, Jefri Ahmad yang mencipta detik istimewa apabila membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa.

Kemenangan itu menjadi tonik terbaik buat skuad negara menjelang aksi getir menentang Korea Selatan dan India pada esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN