Guru Mexico protes tuntut kenaikan gaji

Guru Mexico protes tuntut kenaikan gaji

GURU dan ahli Penyelaras Kebangsaan Pekerja Pendidikan, mengambil bahagian dalam perarakan protes menuntut kenaikan gaji pada Hari Guru, di Bandar Raya Mexico kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Ribuan guru sekolah awam Mexico mengadakan demonstrasi pada Jumaat bagi menuntut kenaikan gaji lebih besar, termasuk mengancam melancarkan protes besar-besaran menjelang Piala Dunia bulan depan sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi.

Kira-kira 3,000 ahli kesatuan Pekerja Pendidikan Kebangsaan berarak di Mexico City sempena Hari Guru, namun berdepan sekatan polis yang menghalang mereka daripada menghampiri kementerian pendidikan.

“Pendidikan bukan keutamaan, tetapi perniagaan berjuta-juta dolar Piala Dunia adalah keutamaan,” menurut sepanduk yang dipegang oleh seorang penunjuk perasaan.

Kerajaan dan kepimpinan rasmi kesatuan guru bersetuju dengan kenaikan gaji sebanyak sembilan peratus, namun kesatuan itu kini berpecah kepada satu kumpulan penentang yang menuntut kenaikan sehingga 100 peratus.

Gaji kasar permulaan bulanan untuk guru sekolah awam di Mexico adalah bersamaan dengan AS$967 (RM3,819).

“Kami menuntut agar tuntutan kami dipenuhi,” kata seorang guru yang turut berdemonstrasi, Filiberto Fraustro Orozco, kepada AFP.

Tindakan protes guru sebelum ini pernah menyebabkan sebahagian besar Mexico City terhenti selama beberapa hari apabila mereka menutup jalan-jalan utama, termasuk laluan ke lapangan terbang antarabangsa.

Mexico menjangkakan sekitar lima juta pelancong akan tiba semasa Piala Dunia yang akan dianjurkan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada 11 April ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN