Empat buah motosikal milik pasukan trafik IPD Pasir Puteh terbakar - Utusan Malaysia

Empat buah motosikal milik pasukan trafik IPD Pasir Puteh terbakar

KEADAAN motosikal milik pasukan trafik IPD Pasir Puteh, Kelantan yang terbakar awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Empat buah motosikal milik pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh terbakar awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.27 pagi di IPD Pasir Puteh itu, turut melibatkan sebuah motosikal awam serta sebahagian bangunan di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Penolong Penguasa Kanan Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.27 pagi.

Katanya, setiba di lokasi, komander operasi melaporkan empat motosikal milik pasukan trafik, sebuah motosikal awam dan sebahagian bangunan telah terbakar.

“Anggaran kemusnahan bagi semua motosikal adalah 100 peratus manakala bangunan kira-kira 10 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhar memberitahu, api berjaya dikawal pada pukul 2.43 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.40 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN