Conte tetap puas hati walaupun seri

Conte tetap puas hati walaupun seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Conte tetap puas hati walaupun seri

COMO: Pengendali Napoli, Antonio Conte menyifatkan pasukannya menampilkan persembahan yang baik walaupun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Como dalam aksi Serie A, kelmarin.

Menurut Conte, walaupun Napoli gagal meraih tiga mata penuh, keputusan tersebut tetap penting dalam usaha kelab itu memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan, selain mengekalkan kedudukan kompetitif dalam saingan liga.

“Ia sememangnya persembahan yang baik. Tanpa itu, anda tidak akan mampu bertahan dalam perlawanan seperti ini yang mempunyai kepentingan besar buat kedua-dua pasukan.

“Como juga mempunyai kepentingan tinggi dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara,” katanya.

Mengulas lanjut, Conte berkata, Napoli dilihat terlalu berhati-hati pada babak pertama dan gagal memberi tekanan secukupnya kepada lawan, namun berjaya memperbaiki corak permainan selepas rehat.

“Kami bertambah baik dari segi kualiti selepas rehat, mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi masih ada tiga perlawanan lagi.

“Kami mengambil satu lagi langkah ke hadapan, bukan sahaja untuk tempat Liga Juara-Juara, tetapi juga untuk cuba menamatkan musim di kedudukan sebaik mungkin dalam liga,” katanya.

Dalam pada itu, Conte menjelaskan Kevin De Bruyne masih belum mencapai tahap kecergasan terbaik selepas dikeluarkan pada awal permainan, selain menegaskan perubahan taktikal dilakukan bagi mengimbangi permainan.

“De Bruyne berada dalam keadaan yang sama seperti minggu lalu. Dia telah memberikan sumbangan penting sebelum ini. Hari ini (kelmarin) saya membuat keputusan taktikal untuk membawa masuk Anguissa dan menggerakkan McTominay ke posisi lebih menyerang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN