Skuad wanita tersingkir di suku akhir Piala Uber

Skuad wanita tersingkir di suku akhir Piala Uber

Ong Xin Yee-Carmen Ting berjaya mengheret juara dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning sehingga ke set penentuan pada suku akhir Piala Uber di Horsens, Denmark, hari ini. - Gambar Ihsan BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton wanita negara tersingkir selepas tumpas di tangan gergasi Asia, China 0-3 pada suku akhir Piala Uber di Horsens, Denmark, hari ini.

Walaupun tewas, tetapi, pujian wajar diberi kepada barisan muda Malaysia yang berani menghadirkan tentangan sebelum tunduk kepada pilihan pertama tersebut.

Pemain perseorangan No. 1 Malaysia, K. Letshanaa yang menghuni ranking ke-33 dunia tunduk kepada bintang No. 2 dunia, Wang Zhi Yi 17-21, 18-21 dalam masa 47 minit.

Sekalipun tewas straight set, Letshanaa berusaha menyaingi Zhi Yi dan untuk beberapa ketika dia berpeluang mendahului bintang China itu, sebelum berjaya dikejar semula oleh pemenang pingat perak Sukan Asia 2022 tersebut.

Pasukan negara yang merehatkan kapten, M. Thinaah dan memberi laluan kepada beregu remaja, Ong Xin Yee-Carmen Ting menimba pengalaman turut kecundang dan sekali gus menyaksikan Malaysia keciciran 0-2.

Beregu berusia 19 tahun yang menghuni ranking ke-22 dunia itu terpaksa akur walaupun berjaya mengheret pasangan No. 1 dunia yang juga juara dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning ke set penentuan sebelum tewas 14-21, 21-16, 13-21 dalam masa 1 jam 19 minit.

Pemain ke-37 dunia, Wong Ling Ching yang turun sejurus selepas itu ditimpa kekalahan straight set kepada jaguh No. 4 dunia, Chen Yu Fei 10-21, 10-21 dalam masa 36 minit.

Kekalahan 0-3, tidak memerlukan satu lagi beregu remaja, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan dan perseorangan ketiga, Goh Jin Wei memasuki gelanggang.

Carmen ketika ditemu bual berkata, walaupun kalah, dia tetap berasa gembira kerana bangga menghadirkan tentang sengit kepada beregu handalan dunia itu.

“Mereka adalah No. 1 dunia dan kami hanya belajar daripada mereka. Mereka sangat kuat.

“Kami hanya menganggap ini sebagai satu cabaran dan tidak berfikir terlalu banyak dan hanya mahu teruskan permainan,” katanya kepada wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ketika ditanya kejayaan mencuri satu set daripada Sheng Shu-Tan Ning, Carmen menjelaskan, dia dan Xin Yee tidak mahu kalah mudah kepada beregu handalan China itu dan memang niat mereka mahu memberi tekanan kerana sedar bukan mudah tewaskan pasangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN