Sivasangari tamat badi bertemu Orfi, mara final Piala Grasshopper

Sivasangari tamat badi bertemu Orfi, mara final Piala Grasshopper

SIVASANGARI meraikan kejayaannya sewaktu mengejutkan Amina Orfi pada separuh akhir Piala Grasshopper di Zurich, Switzerland, malam tadi. - IHSAN PSA SQUASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penantian selama tiga tahun akhirnya menjelma tiba, apabila kemenangan yang dicari oleh S. Sivasangari ke atas bintang No. 3 dunia, Amina Orfi berjaya direalitikan pada separuh akhir Piala Grasshopper di Zurich, Switzeland, malam tadi.

Pemain No. 6 dunia itu menewaskan jaguh muda Mesir yang juga diletakkan sebagai pilihan pertama pada pertarungan yang berlangsung sengit 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 11-5 dalam masa 1 jam 21 minit.

Kali terakhir anak jati Sungai Petani, Kedah itu menewaskan Orfi adalah dalam perlawanan akhir Terbuka HKFC pada 2023.

Pada final, pukul 9.30 malam ini, Sivasangari yang memegang status sebagai pilihan ketiga akan menghitung pertemuan dengan seteru lama Satomi Watanabe dari Jepun yang merupakan pemain No. 7 dunia.

Sivasangari berkata, tidak banyak untuk dia perkatakan mengenai Orfi yang disifatkannya sebagai pemain muda berbakat besar.

“Dia merupakan bintang No. 3 dunia dan masih terlalu muda, tetapi, mampu meletakkan dirinya sebaris dengan pemain handalan dunia,” katanya sewaktu ditemu bual selepas perlawanan berakhir.

Menurut pemain No. 1 Malaysia itu, berdepan pemain sebagus Orfi, dia perlu fokus kepada perancangan permainan yang telah diatur.

“Bermain dengan Orfi selalunya memang menguji ketahanan fizikal, tetapi, saya cuba untuk kekal fokus, bertenang dan tidak terlalu banyak berfikir. Saya hanya perlu menikmati keseronokkan bermain,” katanya.

Sivasangari yang menghargai sokongan diberikan penonton menjelaskan, amat penting untuk fokusnya tidak terganggu sehingga berada di luar kawalan, terutama sewaktu berdepan pemain seperti Orfi.

Katanya lagi, ini merupakan kejayaan keduanya berturut-turut mara ke perlawanan akhir, selepas edisi lalu dia tewas di tangan bekas bintang No. 1 dunia, Nouran Gohar juga dari Mesir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN