Ainaa rangkul gelaran RC Pro Series di Amerika Syarikat

Ainaa rangkul gelaran RC Pro Series di Amerika Syarikat

Ainaa menewaskan wakil Mesir, Jana Safy pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy RC Pro Series di St Louis, Missouri, Amerika Syarikat, pagi tadi. - Ihsan Facebook SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita negara, Noor Ainaa Amani Ampandi merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy RC Pro Series 2026 di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Ainaa yang merupakan pemain No. 55 dunia dan diletakkan sebagai pilihan keempat menewaskan Jana Safy dari Mesir 11-7, 8-11, 11-9, 7-11, 11-3 pada perlawanan akhir.

Pada separuh akhir, semalam, Ainaa yang berusia 24 tahun mengejutkan pilihan pertama yang menghuni ranking No. 47 dunia, Nadine Shahin juga dari Mesir 10-12, 11-6, 12-10, 11-7.

Kemenangan tersebut merupakan gelaran sulungnya musim ini, selepas kali terakhir merangkul kejuaraan pada Jelajah PSA sewaktu menyertai Kejohanan Cabaran Antarabangsa di India, dua tahun lalu.

Ainaa juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA di Bangkok, Thailand pada tahun lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN