PETALING JAYA: Pemain skuasy No. 1 negara, S. Sivasangari kini mendaki ke ranking No. 5 dunia selepas dia merangkul Piala Grasshopper di Zurich, Switzerland, kelmarin. Diletakkan selaku pilihan ketiga, anak jati Sungai Petani, Kedah itu mengambil masa selama lebih sejam sebelum berhasil menundukkan pemain No. 7 dunia, Satomi Watanabe dari Jepun 15-13, 5-11, 5-11, 11-7, 11-8 di final. Piala Grasshopper merupakan gelaran ke-17 Sivasangari dalam Jelajah PSA dan dia juga…










