Sabah FC lengkap, Penang FC mahu lakar kejutan

Sabah FC lengkap, Penang FC mahu lakar kejutan

Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido(kiri) dan pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail bergambar ketika sidang media pra perlawanan akhir Piala Cabaran 2026, semalam.-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido menegaskan pasukannya kini berada dalam keadaan serba lengkap menjelang aksi final kedua Piala Cabaran 2026 menentang Penang FC di Stadium Likas, malam ini.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata, situasi pasukan jauh berbeza berbanding final pertama sebelum ini apabila dibelenggu kecederaan dan kekurangan pemain.

“Kali ini kita hampir mempunyai skuad penuh. Ramai pemain kembali pulih dan bersedia diturunkan. Ini memberi kelebihan besar kepada kami untuk menghadapi perlawanan,” katanya dalam sidang pra perlawanan.

Garrido menjelaskan, analisis menyeluruh terhadap perlawanan terdahulu turut dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pasukan.

“Kita sudah kenal pasti perkara yang perlu diperbaiki. Pasukan bekerja keras, dan saya yakin kami berada di landasan yang tepat.

“Kita mungkin ada sedikit kelebihan bermain di tempat sendiri, tetapi yang penting adalah prestasi di atas padang,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menegaskan anak buahnya sedia mencipta kejutan dalam merebut kejuaraan sulung musim ini.

Katanya, persiapan skuad Harimau Kumbang berjalan lancar walaupun sedikit terganggu dengan kecederaan penyerang import, Dylan Wenzel-Halls.

“Alhamdulillah, persiapan kami berada di landasan yang baik. Cuma ada sedikit isu kecederaan, tetapi saya masih menunggu laporan akhir daripada unit perubatan. Saya yakin dia boleh diturunkan.

“Selebihnya, pasukan berada dalam keadaan baik dan kini fokus kami adalah untuk menterjemahkan segala perancangan di atas padang.

“Final tetap final. Kita tidak tahu bila lagi peluang seperti ini akan datang. Jadi saya mahu pemain manfaatkan sepenuhnya peluang ini dan tampil dengan aksi terbaik,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN