Rashford mahu balas kepercayaan Flick

Rashford mahu balas kepercayaan Flick

MARCUS Rashford-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Marcus Rashford berharap mampu mempu meledak ketika berdepan Atletico Madrid dalam aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Penyerang England itu, gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika Barca tewas 0-2 pada suku akhir pertama, walaupun dia antara pemain paling menyerlah menentang lawan tersebut.

Rashford, 28, yang dipinjam dari Manchester United berdepan tekanan untuk membuktikan kemampuan dengan masa depannya di Camp Nou serta peluang bersama England menjadi taruhan.

Barcelona sehingga kini masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengaktifkan klausa pembelian bernilai 30 juta euro (RM139 juta) dalam perjanjian pinjamannya.

Ketiadaan Raphinha susulan kecederaan menyaksikan Rashford menjadi pilihan utama di sayap kiri.

Pada aksi suku akhir pertama, dia beberapa kali berjaya melepasi pertahanan Atletico, Nahuel Molina di Camp Nou namun gagal menyempurnakan peluang yang terhidang.

“Pasukan ini sentiasa mencipta peluang kerana kami memiliki kualiti tinggi dalam penguasaan bola, hari ini bola tidak masuk, tetapi kami tidak boleh lari daripada tanggungjawab untuk menyudahkan peluang.

“Pada hari atau malam lain, peluang itu mungkin menjadi gol dan kami akan terus berusaha keras untuk menang,” kata Rashford.

Pada aksi La Liga kelmarin, jurulatih Hansi Flick merehatkan Rashford sebelum membawanya masuk pada minit ke-65 ketika kemenangan 4-1 ke atas Espanyol.

Rashford kemudian menjaringkan gol keempat pada minit akhir menerusi voli yang tenang, sesuatu yang diharapkan dapat meningkatkan keyakinannya.

Setakat ini, Rashford menjaringkan enam gol dalam 26 penampilan La Liga manakala di UCL, dia sudah meledak lima gol dalam 10 perlawanan namun aspek penyudah masih perlu dipertingkatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN