APA beza Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan dua yang sebelum ini, iaitu Johor dan Negeri Sembilan? Yang ketara sudah tentu kerjasama jelas antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas.
Jika sebelum ini mereka hanya saling sokong menyokong, tetapi kali ini mereka membentuk satu pakatan sehingga Pas dan PN sanggup mengorbankan kawasan yang mereka tandingi.
Begitu juga antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu. Apabila ahli-ahli Parlimen Bersatu menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang menyokong kerajaan sekarang, ia sekali gus menandakan ada pakatan antara kedua-duanya di Melaka.
Maknanya, PRN Melaka bukan sekadar medan untuk parti politik menguji kekuatan jentera atau mengukur populariti calon. Lebih daripada itu, pilihan raya kali ini berpotensi menjadi medan uji kaji kompromi politik, sejauh mana parti sanggup mengetepikan ego, prinsip dan pendirian demi kelangsungan kuasa.
Dalam politik, kompromi bukan sesuatu yang asing. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengingatkan bahawa demokrasi hanya dapat berfungsi apabila masyarakat memahami batasannya dan bersedia menerima keputusan pilihan raya.
Persoalannya, apakah kompromi yang dilakukan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat atau sekadar memenuhi tuntutan kelompok supaya kedudukan masing-masing terus terjamin?
Penamaan calon menjadi petunjuk awal kepada persoalan ini. Siapa yang diberikan peluang bertanding, siapa yang diketepikan dan bagaimana keputusan dibuat akan mencerminkan kematangan sesebuah parti. Jika pemilihan calon lebih dipengaruhi kepentingan individu, tekanan dalaman atau percaturan pemimpin, maka rakyat berhak mempersoalkan keutamaan sebenar parti berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menjelaskan kerjasama politik dengan bekas seteru, pernah menyebut: “Compromises, yes, but what deals?” Beliau menegaskan kompromi perlu berasaskan tadbir urus yang baik dan usaha membendung rasuah, bukannya transaksi politik untuk kepentingan peribadi.
Persoalan inilah yang wajar direnungkan dalam PRN Melaka. Adakah kerjasama antara parti dibina atas kesepakatan dasar dan matlamat bersama, atau sekadar formula pembahagian kerusi untuk memastikan peluang kemenangan lebih besar?
Seperti yang pernah ditegaskan oleh Dr. Mahathir, bahawa parti dalam gabungan perlu bersedia berkorban dan berkompromi demi mencapai kemenangan bersama. Namun, pengorbanan politik yang sebenar sepatutnya melibatkan kepentingan parti dan pemimpin, bukannya mengorbankan prinsip dan kepercayaan rakyat.
Penyatuan politik tidak semestinya membawa penyatuan matlamat. Ada kalanya, kesepakatan hanya berlaku kerana masing-masing memerlukan sokongan untuk menang. Apabila kepentingan bertembung, sejauh mana kompromi itu mampu dipertahankan? Ini yang berlaku dalam Kerajaan Perpaduan sekarang apabila BN hanya berpakat dengan PH di peringkat Persekutuan, tetapi tidak di peringkat negeri.
Akhirnya, PRN Melaka muncul. Ia dikatakan menjadi ujian kepada politik yang matang, bukannya pertandingan siapa paling licik dalam berkompromi. Tetapi adakah kematangan itu wujud? Atau masing-masing sekadar berkompromi demi keuntungan mereka, tetapi rakyat terus menanggung beban?
Melaka mungkin menjadi medan uji kaji kompromi politik menjelang PRU16. Namun, rakyat bukan bahan uji kaji. Mereka ialah penentu yang berhak memastikan setiap kompromi membawa manfaat kepada negeri dan masa depan generasi akan datang. Jadi, pengundi Melaka perlu bijak memilih kompromi yang mana akan menguntungkan mereka.
Aznan Bakar ialah Pemangku Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd. – MINGGUAN
Melaka jadi medan uji kaji kompromi politik

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved