Leeds mara separuh akhir Piala FA selepas 39 tahun

Leeds mara separuh akhir Piala FA selepas 39 tahun

PENYERANG Leeds, Dominic Calvert-Lewin (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan Leeds United meraikan kemenangan selepas menewaskan West Ham United menerusi penentuan penalti 4-2 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Leeds United menamatkan penantian 39 tahun ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan West Ham United menerusi penentuan penalti 4-2 dalam aksi dramatik di Stadium London, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Daniel Farke itu hampir mengesahkan kemenangan dalam masa sebenar hasil jaringan Ao Tanaka dan sepakan penalti Dominic Calvert-Lewin sebelum lawan bangkit di saat akhir.

West Ham menghidupkan peluang menerusi jaringan Mateus Fernandes sebelum Axel Disasi menyamakan kedudukan dalam masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga penamat masa tambahan sebelum penjaga gol Leeds, Lucas Perri muncul wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti untuk memastikan kemenangan dramatik pasukannya.

Leeds yang kali terakhir mara ke separuh akhir pada 1987 kini akan berdepan Chelsea di Wembley dalam misi memburu kejuaraan kedua selepas kali terakhir menjulang trofi itu pada 1972.

Kemenangan itu turut menjadi suntikan moral penting buat Leeds yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama West Ham menjelang pertemuan penentuan pada aksi terakhir musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN