Lapan maut gempa bumi kuat gegar Afghanistan

Lapan maut gempa bumi kuat gegar Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Lapan maut dan seorang kanak-kanak cedera apabila sebuah rumah runtuh di Kabul susulan gempa bumi di Afghanistan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) melaporkan, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda wilayah Hindu Kush di Afghanistan semalam.

GFZ berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 177 kilometer (km).

Gegaran kuat turut dirasai di ibu negara Pakistan, Islamabad, Kabul di Afghanistan serta ibu negara India, New Delhi, menurut saksi Reuters.

Afghanistan, yang dikelilingi kawasan pergunungan, terdedah kepada pelbagai bencana alam. Gempa bumi merupakan yang paling membawa maut, dengan purata kira-kira 560 kematian setiap tahun.

Gempa kuat berukuran 6.3 skala Richter yang melanda negara itu pada November lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang serta memusnahkan ratusan rumah.

Pada Mac, hujan lebat mencetuskan banjir teruk di wilayah Kandahar, Afghanistan, serta menyebabkan bangunan runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang dan mencederakan 74 yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×