Konate kekal setia bersama Liverpool

Konate kekal setia bersama Liverpool

IBRAHIMA Konate bersedia kekal di Anfield untuk membantu Liverpool kembali ke tahap prestasi sebenar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate memberi bayangan jelas akan terus kekal di Anfield selepas hampir mencapai persetujuan kontrak baharu bersama kelab itu.

Pemain Perancis berusia 26 tahun itu berkata rundingan bersama pihak kelab sudah berlangsung sejak sekian lama dan kini berada di fasa akhir untuk dimuktamadkan.

“Banyak perkara diperkatakan, tetapi kami sudah lama berbincang dan kini hampir mencapai persetujuan.

“Saya fikir semua pihak mahukan ia diselesaikan segera dan kami berada di landasan yang baik.

“Peluang untuk saya kekal musim depan memang besar, dan ini yang saya mahukan,” katanya.

Konate yang menyertai Liverpool dari RB Leipzig pada 2021 berjaya membentuk gandingan ampuh bersama kapten pasukan, Virgil van Dijk di benteng pertahanan.

Sepanjang tempohnya di Anfield, dia memainkan peranan penting membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris(EPL), selain memenangi dua Piala Liga dan Piala FA serta muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah.

Konate turut menafikan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Bagaimanapun, musim ini dianggap hambar buat The Reds apabila tersingkir daripada semua saingan domestik dan Eropah, malah kini menghuni tangga kelima liga dengan baki lima perlawanan.

“Ia musim yang buruk mengikut standard Liverpool. Jika kami sekadar menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas, kami tetap tidak akan gembira. Kelab ini sangat besar dan bermakna buat saya,” ujarnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN