Kebebasan media merosot ke tahap terendah dalam 25 tahun

Kebebasan media merosot ke tahap terendah dalam 25 tahun

PRESIDEN AS, Donald Trump berucap kepada media di halaman selatan Rumah Putih di Washington, DC, pada 5 Oktober lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada Khamis memberi amaran kebebasan media jatuh ke tahap terendah dalam tempoh suku abad.

Pemantau hak media itu menyatakan antara punca kemerosotan tersebut termasuk serangan ‘sistematik’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, terhadap wartawan dan Arab Saudi yang menghukum mati seorang wartawan pada 2025.

“Buat pertama kali dalam sejarah Indeks (RSF) selama 25 tahun, lebih separuh negara di dunia kini berada dalam kategori ‘sukar’ atau ‘sangat serius’ bagi kebebasan media.

“Purata skor bagi semua negara dan wilayah di seluruh dunia tidak pernah serendah ini,” menurut kenyataan tersebut.

Pada masa sama, peratusan penduduk dunia yang tinggal di negara dengan tahap kebebasan media dianggap ‘baik’ merosot daripada 20 peratus kepada kurang satu peratus.

Hanya tujuh negara di Eropah Utara, yang diketuai oleh Norway, berada dalam kategori tersebut.

AS, yang sebelum ini jatuh daripada kategori ‘agak baik’ kepada ‘bermasalah’ pada 2024, tahun pemilihan semula Trump, terus merosot tujuh anak tangga ke kedudukan 64, menurut laporan itu.

Di sebalik serangan terhadap media oleh Trump yang disifatkan sebagai ‘dasar sistematik’, keadaan di AS turut dicemari dengan penahanan dan pengusiran seorang wartawan El Salvador, Mario Guevara, yang melaporkan tentang penangkapan pendatang tanpa izin, serta pemotongan besar-besaran dana untuk penyiaran antarabangsa AS, menurut laporan itu.

Russia di bawah Presiden Vladimir Putin pula digambarkan sebagai ‘pakar’ dalam menggunakan undang-undang yang bertujuan memerangi keganasan, pemisahan dan ekstremisme untuk menyekat kebebasan media.

Menurut RSF, setakat April 2026, negara itu menahan 48 wartawan di dalam penjara.

Kemerosotan paling ketara pada 2026 dicatatkan di Niger yang diperintah junta, kedudukan 120, turun 37 tempat, sekali gus menonjolkan penurunan lebih meluas kebebasan media di rantau Sahel dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila serangan kumpulan bersenjata dan rejim junta mengekang hak mendapatkan maklumat yang seimbang daripada pelbagai sumber.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×