KUALA LUMPUR: Iran menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penarikan diri negara itu kemungkinan disebabkan pelbagai cabaran dihadapi terutamanya membabitkan logistik termasuk kesukaran pergerakan dan penghantaran produk susulan konflik perang di negara itu. Katanya, walaupun sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk mengambil bahagian, syarikat-syarikat Iran akhirnya menarik diri daripada…










