Bezzecchi enggan dibuai kejuaraan

Bezzecchi enggan dibuai kejuaraan

Marco Bezzecchi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEREZ: Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi memberi bayangan Grand Prix (GP) Sepanyol esok bakal menjadi titik perubahan penting dalam musim 2026.

Pendahulu kejuaraan itu tampil berhati-hati meskipun membawa momentum cemerlang bersama Aprilia yang memenangi kesemua tiga perlumbaan awal musim.

“Saya rasa baik dan gembira dapat kembali ke Eropah, khususnya di Jerez yang merupakan tempat dan litar yang menakjubkan.

“Ia seperti satu permulaan baharu selepas rehat, semua pelumba dan pengeluar ada masa untuk memperbaiki setiap aspek, jadi hujung minggu ini pasti sukar dan kami akan cuba mulakan dengan cara terbaik,” kata Bezzecchi.

Bezzecchi yang kini mendahului rakan sepasukan Jorge Martin dalam kedudukan keseluruhan tetap enggan terlalu yakin dengan kelebihan dimiliki.

Beliau sebaliknya menjangka cabaran sengit daripada pelumba Ducati Lenovo Team termasuk Marc Marquez dan Francesco Bagnaia.

“Di sini jurang antara pelumba sentiasa sangat kecil dan perlumbaan menjadi sukar kerana kami perlu mengurus tayar dengan baik,” jelasnya.

Situasi itu memaksa Bezzecchi mengekalkan pendekatan realistik walaupun berada di puncak, sekali gus mengakui hujung minggu di Jerez bakal menjadi ujian sebenar buatnya dan jentera RS-GP. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN