GEORGIA: Seorang bayi berusia 12 bulan meninggal dunia selepas didakwa makan semut dan lipas ketika ditinggalkan selama 12 jam di rumahnya yang kotor oleh ibunya. Kanak-kanak itu ditemukan maut oleh polis yang tiba di rumahnya di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima laporan mengenai kes serangan jantung. Penyiasat berkata, Sherry Magby, 37, meninggalkan bayi itu di rumah bersama lima adik-beradiknya, dengan yang paling tua berusia 10 tahun. Menurut waran…










