KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini hari ini. Ia sebagai usaha memohon hujan dan meredakan ujian sedang dihadapi rakyat berikutan situasi kemarau dan cuaca panas yang semakin meruncing di Perlis ketika ini. Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail. Solat bermula pada pukul…











