Agong nasihat rakyat berjaga-jaga hadapi cuaca panas

Agong nasihat rakyat berjaga-jaga hadapi cuaca panas

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu memberi perhatian serius terhadap situasi tersebut bagi memastikan kesihatan murid dan pelajar tidak terjejas.

“Fenomena cuaca panas dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini.

“Oleh itu, orang ramai perlulah menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi,” titah Sultan Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut disaran meningkatkan tahap kesiapsiagaan memandangkan cuaca panas berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka kerana keadaan panas dan berangin boleh mempercepatkan merebaknya api.

“Warga emas dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya tidak terdedah kepada cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi,” titah Sultan Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×