MELAKA: Pelajar Malaysia yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke Asia Barat disaran menangguhkan sementara hasrat berkenaan berikutan konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, situasi keselamatan di rantau Asia Barat ketika ini masih belum terjamin selain beberapa laluan penerbangan turut terjejas akibat ketegangan yang berlaku. Menurut beliau, pelajar yang telah menerima tawaran pengajian atau merancang untuk kembali menyambung pengajian di…










