PETALING JAYA: Hukuman berat termasuk penjara mandatori dan larangan memandu seumur hidup perlu dikuatkuasakan tanpa kompromi terhadap pemandu mabuk serta positif dadah. Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, sudah tiba masanya undang-undang sedia ada diperketatkan bagi memastikan pesalah menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Menurutnya, tiada lagi ruang untuk bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang kerana tindakan…










