KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) memerlukan sokongan semua pihak termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membersihkan kembali nama baik pasukan keselamatan negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian sentiasa bekerja keras untuk memulihkan integriti dan wibawa ATM serta membetulkan semula persepsi rakyat terhadap institusi pertahanan negara. Katanya, sebarang isu yang melanda ATM sejak kebelakangan ini sama sekali tidak mencerminkan hakikat sebenar pasukan itu sebagai sebuah institusi…










