Davies cedera lagi bikin Bayern resah

Davies cedera lagi bikin Bayern resah

Pemain pertahanan Bayern Munich dari Kanada, Alphonso Davies (kanan) diasak dan dijatuhkan oleh penyerang Eintracht Frankfurt dari Perancis, Jean-Matteo Bahoya dalam aksi Bundesliga Jerman antara Bayern Munich dan Eintracht Frankfurt di Munich, selatan Jerman, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich mengesahkan pertahanan kiri mereka, Alphonso Davies mengalami kecederaan otot ketika mencatat kemenangan 3-2 ke atas Eintracht Frankfurt di Allianz Arena, kelmarin.

Davies yang baru kembali daripada kecederaan lutut jangka panjang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-50 selepas rebah di atas padang sebelum digantikan oleh Hiroki Ito.

Menurut kenyataan kelab, pemeriksaan unit perubatan mengesahkan pemain antarabangsa Kanada itu mengalami koyakan serabut otot pada hamstring kanan.

“Alphonso Davies mengalami koyakan serabut otot pada hamstring kanan ketika kemenangan 3-2 ke atas Eintracht Frankfurt dan perkara itu disahkan oleh unit perubatan kelab.

“Pemain pertahanan itu akan direhatkan buat sementara waktu,” menurut kenyataan rasmi Bayern.

Pengurus Bayern, Vincent Kompany bagaimanapun optimis kecederaan itu tidak terlalu serius dan berharap Davies mampu kembali dalam tempoh dua hingga empat minggu.

“Ia tidak kelihatan terlalu buruk dan naluri saya mengatakan dia tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk pulih, cuma saya tidak pasti sama ada dua atau empat minggu,” katanya.

Bayern yang kini mendahului carta Bundesliga dengan 60 mata daripada 23 perlawanan bakal berdepan pencabar terdekat, Borussia Dortmund hujung minggu depan dalam aksi yang dijangka sengit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN