KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan bahawa wang tunai dan barang kemas melimpah ke atas lantai sebuah unit kediaman di Pavilion Residence apabila beg-beg bagasi yang berisi barangan tersebut dibuka dalam satu serbuan pada 17 Mei 2018 berkait penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tambahnya, terdapat beg-beg yang mengandungi terlalu banyak barang kemas sehingga tidak mempunyai ruang kosong di dalamnya menyebabkan pasukan polis tidak…










