Isu stesen minyak kehabisan stok kes terpencil – Loke

Isu stesen minyak kehabisan stok kes terpencil – Loke

ANTHONY Loke mengumumkan pemberian diskaun bagi pembelian tiket pengangkutan rel pada sidang akhbar berhubung kempen penggunaan rel bagi menangani peningkatan kos bahan api di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dakwaan beberapa stesen minyak kehabisan bekalan disifatkan sebagai kes terpencil dan bukan petunjuk kepada masalah kekurangan stok minyak dalam negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, situasi tersebut berkemungkinan berpunca daripada isu logistik seperti penghantaran atau permintaan tinggi di lokasi tertentu.

“Saya rasa itu kes terpencil. Ia bukan sebab tiada bekalan secara keseluruhan. Mungkin ada masalah dari segi penghantaran atau stesen tertentu habis stok kerana permintaan tinggi,” katanya dalam Sidang Media Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, bekalan minyak negara masih mencukupi seperti yang berulang kali dinyatakan kerajaan sebelum ini.

“Ini tidak melambangkan bahawa Malaysia kehabisan stok. Bekalan kita masih ada,” jelasnya.

Menurut beliau, keadaan itu boleh berlaku apabila permintaan meningkat secara mendadak di sesuatu kawasan sehingga bekalan tidak dapat diisi semula dengan segera.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara berkenaan perlu ditangani oleh syarikat minyak dan pembekal bagi memastikan rantaian bekalan berjalan lancar.

Sebelum ini, tular kejadian meter pam terus merekodkan jumlah bayaran walaupun bekalan diesel telah habis, dipercayai tidak dilengkapi sistem pengesanan isipadu automatik (automatic cut-off). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN