Antonelli selamat dalam nahas kemalangan

Antonelli selamat dalam nahas kemalangan

KIMI Antonelli ketika menuju ke Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina, Disember lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kimi Antonelli tetap akan mengambil bahagian dalam ujian pramusim Formula Satu (F1) pembukaan minggu ini di Bahrain meskipun dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

 

Pelumba Itali berusia 19 tahun itu terlibat dalam kemalangan berhampiran rumahnya di San Marino pada Sabtu lalu namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut, yang menyaksikan Antonelli melanggar penghadang jalan ketika memandu sebuah Mercedes AMG GT 63 PRO4MATIC bernilai 180,000 pound (RM964,000).

 

“Kami boleh mengesahkan bahawa Kimi terlibat dalam satu kemalangan trafik pada malam Sabtu berhampiran rumahnya di San Marino.

 

“Pihak polis hadir ke lokasi selepas dihubungi oleh Kimi. Hanya keretanya sahaja yang terlibat dan walaupun kenderaan itu rosak, Kimi langsung tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata jurucakap Mercedes.

 

Kemalangan Antonelli tidak akan menjejaskan penyertaannya dalam minggu pertama ujian pramusim rasmi di Litar Antarabangsa Bahrain, bermula dari 11 hingga 13 Februari ini.

 

Mercedes sebelum ini telah mengesahkan bahawa Antonelli akan memandu jentera W17 pada sesi petang hari pembukaan ujian tersebut, di mana dia akan bergilir dengan rakan sepasukan, George Russell.

 

Satu lagi ujian selama tiga hari akan diadakan di Bahrain dari 18 hingga 20 Februari, sebelum perlumbaan pembukaan musim, Grand Prix Australia, 8 Mac.

 

Antonelli menamatkan musim rookie F1 yang tidak konsisten di tempat ketujuh dalam kejuaraan pemandu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN