‘Siapa ketua pembangkang, sabar dulu’

‘Siapa ketua pembangkang, sabar dulu’

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) mengetuai konvoi motosikal bersama Menteri Besar SG4 ke Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pelantikan ketua pembangkang masih perlu melalui beberapa proses sebelum keputusan dimuktamadkan dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta semua pihak bersabar berhubung pelantikan tersebut.

“Ada beberapa proses yang perlu dilaksanakan dan insya-Allah bersabar sekejap. Kita selesaikan dalam waktu terdekat,” katanya ketika ditemui  pada majlis penutup  Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di Kompleks Sukan Terengganu, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sebarang perbezaan pandangan yang timbul berhubung pelantikan ketua pembangkang bukan satu masalah besar, sebaliknya sebahagian daripada proses membuat keputusan.

“Ia bukan soal perbezaan pendapat, tetapi kita masih mempunyai masa kerana sidang Parlimen hanya berlangsung pada Jun ini,” katanya.

Beliau berkata, tiada tempoh masa khusus ditetapkan bagi pengumuman tersebut bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Saya tidak boleh sebut waktu, nanti orang tunggu waktu itu pula. Kita ikut proses dan bila selesai, semua akan dimaklumkan,” katanya.

Jawatan ketua pembangkang  masih disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Parto Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahmad Samsuri sebelum ini memberitahu keputusan pelantikan ketua kembangkang diputuskan hujung bulan lalu..

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, majoriti daripada 69 Ahli Parlimen pembangkang dilaporkan menyokong Hamzah untuk terus memegang jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN