Tahfiz Mahir lahir pekerja berkemahiran

Tahfiz Mahir lahir pekerja berkemahiran

WAN Rosdy Wan Ismail berucap sempena Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maahad Seluruh Bentong di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Usaha Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan Program Tahfiz Mahir untuk belia mengikuti latihan kemahiran jangka pendek bagi membolehkan mereka memasuki industri dan mempunyai kerjaya profesional.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka perlu mengikut latihan selama tiga bulan termasuk latihan industri dengan jaminan pekerjaan selepas tamat.

“Kita mahu pelajar lepasan tahfiz bukan sahaja kuat dari segi hafazan dan akhlaknya sahaja tetapi mampu berdiri sendiri, berkerjaya dan menyumbang kepada ekonomi,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maahad Seluruh Bentong di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan terus memperkasa Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dengan setiap tahun hampir RM75 juta disediakan untuk belanja mengurus dan RM1.4 juta khusus untuk bayaran makan asrama sekolah.

Katanya, untuk 2026 sebanyak RM116.58 juta diperuntukkan bagi pengoperasian semua sekolah agama dan RM17.4 juta lagi untuk pembinaan serta penyelenggaraan prasarana.

“Dalam pada itu, elaun tambahan untuk guru al-Quran dan fardhu ain asrama dinaikkan RM100, menjadikan RM1,000 sebulan dan guru KAFA seluruh negeri turut menerima kenaikan elaun sama iaitu RM100 melibatkan peruntukan RM3.66 juta,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan SMAN di Cameron Highlands dan mengurangkan yuran persekolahan serta asrama.

“Selain iu, memperuntukkan RM20 juta bagi memastikan transformasi Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ke arah Universiti al-Quran dapat direalisasikan dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, beliau menyifatkan kedatangan Anwar kepahang memberi mesej yang sangat jelas kepada anak-anak tahfiz.

“Bahawa anak-anak tahfiz tidak dipinggirkan, malah merupakan aset masa depan ummah dan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN